السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Segala puji-pujian bagi Allah SWT, Tuhan semesta alam.
Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarganya,
sekalian para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah di atas
jalan suci ini dengan penuh ketenangan dan istiqamah.
Sayyidina Abu Bakar r.a. mengatakan,
bahawa kegelapan itu ada LIMA
dan lampunya pun ada LIMA iaitu :
Pertama, Cinta akan dunia adalah suatu kegelapan dan
lampu penerangnya adalah Taqwa.
Kedua, Dosa adalah suatu kegelapan dan
lampu penerangnya adalah Taubat.
Ketiga, Kubur adalah kegelapan dan
lampu penerangnya adalah bacaan Kalimat,
لَااِلَهَ اِلَّااللهُ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ
Keempat, Akhirat adalah kegelapan dan
lampu penerangnya adalah Amal Saleh.
Kelima, Shirat Al-Mustaqim adalah suatu kegelapan dan
lampu penerangnya adalah keyakinan.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Cinta akan dunia adalah sumber kesalahanmu." (HR Al-Baihaqi)
Imam Al-Ghazali mengomentari hadis tersebut dengan mafhum
mukkhalafahnya sebagai berikut:
"Sebagaimana dikatakan bahawa mencintai dunia itu adalah sumber
segala kesalahan, maka membenci dunia adalah segala kebaikan."
Wallahu a'lam...
Rujuk Kitab Nashaihul Ibad karangan Ibnu Hajar Al-Asqalani

Assalammualaikum wbt.
ReplyDeleteTerima kasih. Sangat bermanfaat. Semoga diberkati Ustaz sekeluarga.
Wa'alaikumusalam wbt...
DeleteSama-sama, moga cikgu juga sentiasa diberkati Allah SWT..
Assalamualaikum sahabat...
ReplyDeleteSemoga sahabat mendapat redha Allah SWT...terima kasih...alhamdulillah untuk motivasi diri ini yg selalu alpa...
Wa'alaikumusalam sahabat...
DeleteTerima kasih atas doanya, dan saya doakan sedemikian juga buat sahabat di sana..
Assalamu'alaikum Abd Razak
ReplyDeleteSemoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah . Aamiin
Seandainya kita beroleh kenikmatan, amatlah berharap kita dapat mensyukuri akan segaka nikmat yang diberikan. Andai harta kekayaan kita miliki harapnya menjadi penerang kehidupan kita di sana nanti..aamiin. semoga Allah mempermudahkan..
Wa'alaikumusalam Kak Werdah..
DeleteTerima kasih mendoakan saya, moga kakak pun demikian juga.
Ya kak, nikmat yang Allah kurniakan kepada kita terlalu banyak dan tak mungkin dapat kita hitung satu persatunya. Syukur atas nikmat Islam dan Iman yang Allah kurniakan kepada kita semua.
MasyaAllah... TK atas entri yang bermakna ini...
ReplyDeleteSyukur kepada Allah yang kurniakan kekuatan..
Delete