Friday, February 07, 2014

Ingatlah!


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين



Di antara khutbah-khutbah Baginda yang panjang yang masih diingat Abu Sa'id Al-Khudry ialah:
'Sesungguhnya dunia ini tak ubahnya tanaman hijau yang manis dan sesungguhnya Allah menjadikan
kamu semua penguasa di sana. Dia memandang bagaimana kamu berbuat.
Ingat, takutlah kepada dunia dan takutlah kepada wanita.'


Ingatlah! Tak ada yang mencegah seseorang kerana kebesaran~Nya untuk
mengatakan yang benar bila ia benar-benar sudah mengetahuinya.


Ingatlah! Sesungguhnya Bani Adam telah diciptakan atas beberapa tingkatan yang berbeza-beza.
Di antara mereka ada yang dilahirkan dalam keadaan mukmin, hidup dalam keadaan mukmin dan mati
dalam keadaan mukmin. Di antara mereka ada yang dilahirkan dalam keadaan mukmin, hidup
dalam keadaan mukmin dan mati dalam keadaan kafir. Di antara mereka ada yang dilahirkan
dalam keadaan kafir, hidup dalam keadaan kafir dan mati dalam keadaan mukmin. Di antara mereka ada
yang dilahirkan dalam keadaan kafir, hidup dalam keadaan kafir dan mati dalam keadaan kafir.


Ingatlah! Di antara mereka ada yang tidak cepat marah dan cepat menguasai diri.
Ada yang cepat marah dan cepat menguasai diri. Ada pula yang tidak cepat marah
dan tidak cepat menguasai diri. Yang ini berbeza dengan yang itu.
Ingatlah! Di antara mereka ada yang tidak cepat menguasai diri, cepat marah.
Ingatlah, yang terbaik dari mereka ialah yang tidak cepat marah tetapi cepat menguasai diri.
Dan yang paling jelek dan antara mereka ialah cepat marah, namun tidak cepat menguasai diri.


Ingatlah! Di antara mereka ada yang baik dalam memberi dan meminta.
Ada yang jelek dalam memberi, baik dalam meminta. Ada pula di antara
mereka yang baik dalam meminta dan baik dalam memberi. Yang ini berbeza
dengan yang itu. Ingatlah, di antara mereka ada yang buruk dalam memberi,
buruk pula dalam meminta. Ingatlah, yang paling baik di antara mereka
adalah yang baik dalam memberi dan baik pula dalam meminta. Dan yang paling
jelek di antara mereka adalah yang buruk dalam memberi, dan buruk dalam meminta.


Ingatlah! Sesungguhnya kemarahan itu adalah bara di dalam hati Bani Adam.
Bagaimana kalau kamu melihat kedua matanya yang memarahi dan urat lehernya
yang menegang? Barangsiapa merasakan hal itu hendaklah ia menempel ke tanah.


Wallahu a'lam


8 comments:

  1. Assalammualaikum wbt,
    Terima kasih ustaz. Amat bermanfaat. Semoga diberkati dan dirahmati Allah swt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam..

      Terima kasih kembali cikgu...moga Allah kurniakan kebaikan yang banyak buatmu...aamiin

      Delete
  2. takutlah pada wanita? sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Godaan wanita itu kepada lelaki sangat berat.

      Daripada usamah bin zaid r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; "Aku tidak akan meninggalkan suatu fitnah yang paling berbahaya sesudahku nanti kecuali fitnah yang dihadapi oleh kaum lelaki dengan sebab kaum wanita." [Riwayat Bukhari dan Muslim]

      Delete
  3. pengisian yang menarik. terima kasih :)
    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam rahmat dan redha Allah SWT. .aamiin

    Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang mengandungi amaran) ini menjadi peringatan oleh itu sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya dapatlah ia mengambil jalan yang membawa kepada Tuhannya (dengan iman dan taat).
    (Al-Muzzammil 73:19)

    Semoga kita sentiasa beringat dan kita dapat mati dalam Islam...aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah..

      Semoga kakak juga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam rahmat dan redha Allah SWT...aamiin

      Ya Kak, Allah SWT dah buka dua jalan yakni satunya baik dan satunya buruk, maka terpulanglah kepada individu itu sendiri untuk memilihnya. Jika tersalah pilih maka sengsaralah kelak di akhirat.

      Terima kasih kak!

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.