Friday, February 14, 2014

Larangan Menzalimi Anak Yatim


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين



Diriwayatkan, Allah S.W.T. berfirman kepada Nabi Daud a.s.
"Wahai Daud, terhadap anak yatim, bersikaplah seperti bapa yang pengasih; terhadap para janda,
bersikaplah seperti suami yang penyayang. Ketahuilah, kamu akan menuai apa yang telah kamu tanam.
Sebab, kamu pasti mati serta meninggakan anak dan isterimu."


Berkaitan dengan memelihara harta anam yatim dan kezaliman, banyak hadith diriwayatkan yang sejalan
dengan ayat di atas yang berisi ancaman kuat dan peringatan bagi manusia yang menzaliminya. Ada satu
hadith yang diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim, bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Hindarilah tujuh perkara yang akan membinasakan."

Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, apa yang tujuh perkara itu?"

Baginda menjawab: "Menyekutukan Allah, sihir, membunuh orang yang diharamkan Allah untuk dibunuh
kecuali yang dibenarkan, memakan barang hasil riba, memakan harta anak yatim...."


Dalam Sahihnya, Ibn Hibban menyebutkan bahawa dari sejumlah surat Nabi s.a.w. yang dikirimkan
melalui Umar Ibn Hazm kepada penduduk Yaman berbunyi:

"Dosa-dosa besar yang paling besar pada hari kiamat adalah menyekutukan Allah, membunuh orang
mukmin tanpa kebenaran, lari dari medan perang di jalan Allah pada hari yang melelahkan, derhaka
kepada kedua-dua orang tua, tuduhan berzina kepada perempuan suci, mempelajari sihir, memakan
hasil riba dan memakan harta anak yatim."


Dalam hadith Mikraj yang diriwayatkan oleh Imam Muslim disebutkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Tiba-tiba aku melihat orang-orang yang dilaknat. Sementara yang lain membawa batu dari api,
menelannya, lalu api itu keluar dari dubur mereka. Aku lantas bertanya kepada Jibril, 'Ya Jibril,
siapakah mereka?' Jibril menjawab, 'Mereka adalah orang-orang yang memakan harta anak yatim
secara zalim. Sesungguhnya mereka benar-benar memakan api ke dalam perut mereka.'"


Sementara dalam Tafsir al-Qurtubi dinukil hadith dari Abu Sa'id al-Khudri bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Pada malam Israk aku melihat satu kaum yang memeiliki bibir seperti bibir unta. Lalu bibir mereka
ditarik dan dimasuki batu dari api ke dalam mulut mereka. Lalu api itu keluar dari Dubur mereka.
Aku lalu bertanya, 'Ya Jibril, siapakah mereka?" Jibril menjawab, 'Mereka adalah orang-orang yang
memakan harta anak-anak yatim secara zalim."


Wallahu a'lam


**Karangan Imam al-Ghazali dalam Kitab Mendidik Hati Mendekati Ilahi


9 comments:

  1. sayangi dan kasihi anak-anak yatim..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, mereka juga makhluk yang mulia ciptaan Allah..

      Delete
  2. sebagaimana berharganya anak kita begitu jugalah berharganya anak yatim....

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam rahmat dan redha Allah SWT. .aamiin

    Allah SWT amat menitikberatkan perlakuan baik terhadap anak-anak yatim. Allah sangat mengawasi dan memerhati akan hal itu. Oleh itu sangatlah penting bagi kita menghargai mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah...

      Semoga kakak juga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam rahmat dan redha Allah SWT. .aamiin

      Semoga kita menjadi masyarakat yang lebih prihatin dan berkasih sayang sesama insan terutama golongan yang memerlukan perhatian dan pembelaan seperti anak-anak yatim dan fakir miskin umpamanya.

      Terima kasih kak!

      Delete
  4. Assalamualaikum...

    Moga en Razak sihat dalam lindungan Alah.

    Menjaga harta 'mereka' boleh menyampai kita kpd syurga yang tiada tara...
    Tetapi jangan lupa dengan harta itu juga boleh jadi ke neraka Allah yang dahsyat.

    iktibar buat diri.

    Moga Allah kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam...

      Terima kasih atas doanya, moga dirimu pun demikian juga..

      Benar apa yang dibicarakan, peluang yang Allah sediakan itu jangan dipersiakan kerana kelak di akhirat akan dibalas segala apa yang diperbuatkan. Yang baik bisa ketawa dan disebaliknya menyesal tak sudah.

      Moga Allah kasih dirimu..

      Delete
  5. Assalamualaikum,

    Saya ada sedikit pertanyaan kak Abd Razak. Bagaimana jika ada orang kaya yang memfitnah menjelek jelekan seorang janda dan berikut anaknya yang sesungguhnya anaknya juga anak yatim. Seorang janda tidak dapat berbuat apa apa karna dia merasa orang yang tak punya apakah sanggup melawan ataupun membantah omongan orang kaya tersebut.

    Terimakasih kak artikelnya sungguh bermanfaat ��

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.