Friday, June 27, 2014

Kelebihan Surah al-Fath pada malam awal Ramadhan..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين



Tersebut di dalam kitab Kanz an-Najaah wa as-Surur fi ad-Ad'iyah al-Ma`tsurah allati Tasyrah ash-Shuduur
karya Syeikh ‘Abdul Hamid bin Muhammad ‘Ali bin ‘Abdul Qaadir al-Quddus al-Makki asy-Syafie tentang
kelebihan membaca surah al-Fath pada malam awal Ramadhan.


Faedah: Membaca Surah al-Fath Pada Malam Awal Ramadhan.

Telah berkata Abu Bakar an-Naisaaburi: Aku telah mendengar Muhammad bin ‘Abdul Malik berkata:
Aku telah mendengar Yaziid bin Haaruun berkata: Aku telah mendengar as-Sam’uudi berkata:
Telah sampai kepadaku bahawa barangsiapa membaca ia akan surah al-Fath pada malam awal
(malam pertama) Ramadhan di dalam sholat tatawwu’ (solat sunat), dia berada di dalam
penjagaan Allah untuk tahun tersebut.


Maka kaifiyyatnya:
Dirikanlah sholat sunat apapun (samada ba’diah Maghrib, Awwabin dan sebagainya) selepas
yakin zahir anak bulan Ramadhan, dan bacalah padanya setelah membaca surah al-Fatihah
separuh/sebahagian daripada surah al-Fath dan sempurnakan sebahagian lagi di dalam rakaat kedua.


Tersebut juga di dalam kitab al-Wasaailul asy-Syaafi’ah fi al-Adhkar an-Naafi’ah
wa al-Auraad al-Jaami’ah wa ats-Tsimaar al-Yaani’ah wa al-Hujub al-Hariizah al-Maani’ah
‘an an-Nabiy صلى الله عليه وآله وسلم karya al-Imam al-‘Allamah as-Sayyid asy-Syarif al-Muhaddits
al-Habib Muhammad bin ‘Ali Khirid al-‘Alawi al-Husaini at-Tarimi (wafat 960هـــ), halaman 474:


Daripada Sayyidina Ibnu ‘Umar رضي الله عنهما : Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم telah bersabda:
Telah diturunkan kepadaku semalam akan satu surah yang ianya lebih kukasihi daripada
segala apa yang terbit matahari atasnya (yakni dunia dan segala isinya), dan disukai
agar ianya dibaca pada awal malam bulan Ramadhan. Maka kalian bacakanlah ia dan ajarkanlah
ia kepada anak-anak kalian, insyaAllah mereka tidak akan ditimpa kepapaan.


Berkata Syeikh Hussin Qadri Martapura di dalam karyanya berjudul Senjata Mukmin, pada halaman 92:


Surah al-Fath
(Khasiatnya) barangsiapa membaca akan dia 3 (tiga) kali pada malam permulaan timbul bulan Ramadhan,
insya Allah terpelihara ia di dalam setahunan itu daripada marabahaya dan diluaskan rezekinya.


SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
MOHON MAAF ATAS SEGALA SILAP DAN SALAH


6 comments:

  1. Selamat menyambut Ramadhan yang penuh keberkatan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih...moga Allah sampaikan umur kita semua dapat bertemu dengan Ramadhan esok atau lusa..aamiin

      Delete
  2. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah..aamiin

    Semoga kita dapat menjalani ibadah dalam bulan mulia ini dengan sebaik-baiknya..insyaAllah..semoga Allah memberikan taufiq buat kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam kak werdah,

      Terima kasih atas doanya, semoga kakak juga beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT....aamiin

      Ya kak, bulan yang penuh barakah ini, wajarlah kita mengambil peluang yang sangat berharga ini untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

      Delete
  3. Assalamualikum Sahabat ku,,,

    Selamat menyambut Ramadhan penuh berkah.... semoga sahabat sentiasa dirahmati dan diberkati....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam..:)

      Terima kasih...semoga sahabat juga sentiasa dirahmati dan diberkati...aamiin

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.