Friday, August 22, 2014

Mendidik anak bersopan ketika makan..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Sifat yang mula-mula akan menonjol pada anak-anak ialah kegelojohan dengan makanan.
Ia harus dididik dengan cara-cara dan adab sopan menghadapi makanan, iaitu:

Pertama,
Jangan mengambil makanan, melainkan dengan tangan kanan saja.

Kedua,
Membaca Bismillah bila menyuap makanan.

Ketiga,
Mengambil makanan yang ada di hadapannya saja.

Keempat,
Jangan tergesa-gesa mengambil makanan sebelum orang lain mengambilnya.

Kelima,
Jangan meliarkan pandangan kepada makanan, ataupun meneliti muka orang yang sedang makan.

Keenam,
Jangan terlalu cepat bila memakan.

Ketujuh,
Mengunyah makanan baik-baik sebelum ditelan.

Kelapan,
Jangan terlalu cepat menyuap makanan.

Kesembilan,
Jangan sampai mengotorkan tangan dan pakaian dengan makanan itu.

Kesepuluh,
Membiasakan makan roti tanpa lauk-pauk pada setengah-setengah waktu,
supaya seleranya tidak memandang wajib adanya lauk-pauk dalam makanan.

Ibu bapa harus mengingatkan kepada anak-anak, bahawa banyak makan itu adalah sifat yang tercela,
dan mengumpamakan orang yang makan banyak iyu seperti binatang.

Jika terdapat seorang anak yang suka makan banyak, hendaklah ia dicela di hadapan anak-anaknya yang lain.
Dan ia memuji pula anak yang pandai menjaga adab dalam menghadapi makanan, dan anak yang makannya sedikit.

Ibu bapa harus membiasakan anak-anak supaya suka mendahulukan orang lain dalam hidangan makanan,
mendidiknya supaya jangan menajamkan pandangan kepada hidangan makanan, dan supaya selalu bersikap
puas dengan makanan yang ada saja, yakni tidak terlalu cerewet.

Wallahu a'lam

2 comments:

  1. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT.

    Sangat baik jika dapat diterapkan adab-adab makan sedari kecil. InsyaAllah mudah-mudahan tidaklah terjadi perkara yang boleh memalukan kita bila terlibat dengan ramai orang. Mudah-mudahan juga anak-anak dapat dididik supaya tidak cerewet. Sukar juga jika terdapat yang suka memilih makanan yang digemari sahaja kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah,

      Semoga kakak juga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT...aamiin

      Benar kakak, keberkesanan didik awal pada kanak-kanak bisa mendatangkan kebaikan yang banyak. Seharusnya ada kesedaran pada setiap ibubapa menentukan didik awal pada anak-anak mereka diutamakan.

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.