Friday, September 12, 2014

6 perkara aneh..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Ibn Hajar al-Asqalani dalam karyanya Nashaihul 'Ibad memaparkan sebuah hadis
tentang keganjilan yang akan berlaku pada Umat Islam di akhir zaman.
Sebagaimana yang diisyaratkan Rasulullah s.a.w. terdapat enam perkara ganjil tersebut;

Pertama, masjid itu asing di tengah-tengah masyarakat Umat Islam. Bangunan masjid berdiri
megah dan didirikan dengan susah payah, namun orang-orang di sekitarnya enggan melaksanakan
ibadah di dalamnya. Lihatlah di sekeliling kita sekarang ini, kehadiran umat Islam pada
setiap waktu solat amat menyedihkan terutama waktu subuh.

Kedua, mushaf al-Quran menjadi perkara aneh. Ia pelihara dan dirawat dengan baik di rumah.
Pelbagai model baru diterbitkan dan orang Islam berlumba-lumba membelinya sebagai koleksi
di rumah dan ianya menjadi simbol kebanggaan. Kitab suci ini dipamerkan di rak dan jarang
sekali dibaca, apatah lagi dihayati makna dan kandungannya.

Ketiga, al-Quran itu menjadi aneh apabila dipelihara di dalam hati orang fasiq. Mereka
berlumba-lumba menghafal al-Quran, namun amat sedikit yang berlumba-lumba mengamalkan isi
dan kandungannya.

Keempat, perempuan Islam yang solehah itu aneh, apabila ia berada di bawah naungan seorang
suami yang zalim dan tidak taat dalam melaksanakan ajaran agama. Lihat sahaja Asiah, isteri
kepada Firaun, ia sangat taat kepada Allah SWT namun suaminya kufur kepada Allah dan mengaku
dirinya tuhan yang maha tinggi.

Kelima, laki-laki muslim itu aneh, apabila ia berada di bawah kekuasaan perempuan yang hina
yang berakhlak buruk. Perkara ini sudah berlaku pada Nabi Nuh a.s. di mana isterinya enggan
mengikuti nasihat suami dan akhirnya ia tenggelam dalam banjir besar.

Keenam, aneh sekalinya seorang yang alim (memahami ilmu agama mendalam) berada di tengah-tengah
masyarakat Islam, namun segala fatwa dan nasihatnya hanya dijadikan tontonan bukan dijadikan
tuntunan.

Ada hadis lain yang menyebut, daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.
"Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya,
dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah,
tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong
(naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali".
[ H.R al-Baihaqi ]

Keterangan
Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak begitu jauh dari gambaran yang telah
dinyatakan oleh Rasulullah saw. ini. Kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang
dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su' yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan
ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa.

Wallahu a'lam

9 comments:

  1. Assalamualaikum sahabat..

    Moga redha dan rahmat Allah SWT sentiasa bersamamu..

    Inilah perkara yang paling ditakuti..apabila ramai yang meninggalkan Islam..syariat dilupakan..solat ikut mood..masjid dijauhi dan hukum Allah disesuaikan dengan zaman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam sahabat..

      Aamiin Ya Rabb...moga redha dan rahmat Allah SWT sentiasa bersamamu jua..

      Keadaan Islam semakin asing seperti mana ia datang dulu, manusia semakin menyukai dunia dari akhirat..

      Delete
  2. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT.

    Begitulah pandangan Nabi yang mulia tentang keadaan akhir zaman ini. Telahpun diperingatkan kepada kita agar kita dapat memerhatikan diri. Semoga kita sentiasa muhasabah diri dalam meniti kehidupan berbaki di dunia ini. Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah..

      Semoga kakak juga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT...aamiin

      Benar kak, memang tidak boleh dinafikan apa yang Nabi katakan dulu ia kelihatan jelas berlaku di zaman ini, keanehan kian berlaku.

      Delete
  3. Assalamualikum sahabatku....

    Semuanya sudah terlihat. dimana2... mudah2 han kita semua sentiasa diberi perlindungan ... serta Rahmat kasih sayang Allah SWT.... Semoga sahabat sentiasa dalam rahmat dan berkah yang esa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam sahabatku...

      Ya, kelihatan jelas, menunjukkan penghujung usia dunia ini kian menghampiri kita.

      Delete
  4. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Kak singgah lagi di sini.

    Bila lihat profile terkejut sekejap. Bila klik profile tu baru ingat blog ttg kesihatan yg lama terbiar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah...

      Ya kak, sempat melihatnya tadi dan banyak info di sana yang boleh diambil kira sebagai langkah menjaga kesihatan...

      Delete
  5. Bertandang sekali lagi..Nampaknya kak bermasalah nak buka blog Bangkit Kembali tu. Jadi kenalah update blog kesihatan ni. Entah bagaimana jadi begini dengan tiba-tiba. Jadi jemputlah singgah baca yang baru kak update.

    Assalamu'alaikum

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.